GARA-GARA tertidur di dalam kereta api, seorang gadis yang dalam perjalanan untuk bertemu keluarganya dikejutkan dengan cecair berwarna putih pada seluar yang dipakai.
Menurutnya yang ingin dikenali sebagai Truong, disebabkan terlalu letih dan perjalanan pada waktu malam, dia tertidur selepas mendapat tempat duduk.
Situasi yang berlaku itu membuatkannya panik dan segera melaporkan kejadian kepada kakitangan kereta api tersebut.
Susulan daripada itu, kesemua penumpang mula berasa gelisah dan ketakutan.
Pun begitu tiada sesiapa yang ingin mengaku perkara terkutuk yang dilakukan ketika dalam perjalanan dari Zhejiang ke Heilongjiang, China.
Truong kemudian meminta untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam pengangkutan awam tersebut.
Seperti sangkaannya, seorang lelaki telah datang dan duduk di sebelahnya.
Bukan itu sahaja, selimut turut Truong diangkat sebelum dia bertindak mengambil gambar bersama.
Bagaimanapun, lelaki terbabit telah turun daripada kereta api tersebut di pertengahan perjalanan. - Tribun Medan
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube