Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pesawat ringan yang terhempas di laluan masuk utama kawasan kediaman Elmina berhampiran Lebuhraya Guthrie.
Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, kotak perakam suara kokpit (CVR) telah dijumpai tapi Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU) agak sukar untuk dapatkan datanya selepas ianya disahkan hangus terbakar.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa telah berhasil membuka CVR dan berjaya mengeluarkan komponen ‘memory puck’ yang mengandungi data rakaman suara dalam pesawat dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Bukan tu jer, CVT komponen itu sudah pun dihantar ke makmal Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan di Singapura sebagai usaha untuk dapatkan 30 minit terakhir rakaman suara pesawat itu.
Apabila (CVR) dihantar ke makmal BSKU, (mereka) mendapati CVR terbabit rosak teruk di bahagian luar dan selepas itu kita mendapat tawaran bantuan teknikal dari pihak Singapura.
Pakar mereka datang ke Malaysia pada Jumaat lalu dan keesokannya berjaya membuka CVR serta mengeluarkan komponen ‘memory puck.’
Komponen ‘memory puck’ itu didapati masih dalam keadaan baik, namun oleh kerana kita tidak ada peralatan untuk mendapatkan data dalam ‘memory puck’ itu, ia dihantar ke Singapura semalam.
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram