Sebuah rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang penumpang wanita berang dengan memarahi pemandu bas awam.
Menerusi satu perkongsian di X @MALAYSIAVIRALLL, penumpang wanita itu dipercayai tidak berpuas hati terhadap pemandu bas tersebut kerana lambat membuka pintu bas.
Menerusi rakaman berdurasi 43 saat itu, kedua-dua penumpang dan pemandu bas berkenaan telah merakam kejadian terbabit menggunakan peranti masing-masing sebagai bukti.
“Aku record tadi waktu kau berhenti lama-lama kat tepi jalan tadi. Aku dah record,” kata penumpang wanita itu.
Sementara itu, pemandu bas tersebut yang dipercayai seorang wanita sudah berusia cuba memberikan respon dengan tenang terhadap penumpang berkenaan.
“Adik tak biasa lagi naik bas ni,” ujarnya.
Namun begitu, penumpang itu semakin berang selain menyatakan bahawa ini bukanlah kali pertama dia menaiki pengangkutan awam.
“Kenapa tak boleh masuk bas Transit Aliran Massa (MRT)? Ini bukan kali pertama saya naik bas MRT la, mana ada bas berhenti waktu kosong macam tu.
“Bagi saya nombor khidmat pelanggan, saya nak call bos awak dan tanya,” katanya.
Wanita berang terhadap pemandu bas kerana lambat buka pintu
Foto hiasan
Pada masa yang sama, pemandu bas itu cuba menerangkan kepada penumpang terbabit sebab tidak membuka pintu bas dengan lebih awal.
“Bas ni ada sebenarnya nak masuk MRT (stesen) ada masa. Dia ada masa berlepas dan masa nak masuk MRT,” jawab pemandu itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen yang memihak kepada pemandu bas kerana menyifatkan penumpang itu seperti tidak memahami jadual bas kendalian Rapid KL.
Dah 10 tahun naik bas Rapid KL, sama je kak
Bas tu ada jadual masuk ke stesen MRT
Nampak sangat terpaling betul…
Muda-muda tak reti hormat orang…
Tidak kurang ada juga segelintir individu bertindak mengecam penampilan penumpang tersebut kerana mempunyai badan yang agak berisi.
Bukan nak body shaming…..
Kalau kena shaming ni….
Tak cantik takpe…..
Menerusi tinjauan di media sosial, bagaimanapun pihak Rapid KL belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan video tular tersebut.
Sumber: X @MALAYSIAVIRALLL