PUSARA Kapten Shahrul Kamal Roslan yang terkorban dalam nahas pesawat pada Khamis menjadi perhatian ramai kerana tanah di dalam liang lahadnya berwarna seakan-akan pelangi.
Video itu dikongsi sendiri oleh salah seorang penggali kubur sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang, pada Ahad.
"Hari ni dah masuk hari ketiga dah, jenazah yang ditunggu-tunggu, kapten kapal terbang tak kunjung tiba lagi. Kemungkinan, InsyaAllah lepas Zohor atau Asar hari ni, Ahad.
Tangkap layar video tular yang dikongsi oleh penggali kubur.
"Kebetulan hari ni ada satu lagi kematian. Seawal 7 pagi dah punchcard kat sini. Jadi, ada yang teruja dengan keindahan pelangi ni. Ini pandangan daripada dalam.
"Pandangan dari lubang kubur dia. Ia memang berlapis-lapis macam ni. Merah, coklat sikit, merah, hitam, ni kekuningan, sini hijau-hijau sikit dan membawa ke kuning. Ada lapan warna berbeza," ujar penggali kubur itu.
Penggali kubur itu pada mulanya berada di bahagian atas sebelum dia masuk ke dalam liang lahad untuk membuat rakaman video dengan lebih dekat dan jelas.
Pandangan dari lubang kubur dia. Ia memang berlapis-lapis macam ni.
PENGGALI KUBUR
Video penggali kubur itu turut dikongsi semula oleh pendakwah Jafri Abu Bakar sehingga ia dihujani pelbagai komen netizen.
"Mudah-mudahan ia merupakan salah satu tanda-tanda husnul khatimah kepada si mati. Allah boleh bagi sebarang tanda supaya manusia yang hidup boleh ambil iktibar atas apa yang berlaku.
"Apabila dia meninggal terbakar, itu juga salah satu syahid. Mudah-mudahan akan dikurniakan oleh Allah kebaikan-kebaikan nanti di alam barzakh dan kiamat. Mudah-mudahan kita semua ambil iktibar apa yang kita saksikan," ujar Jafri mengulas video itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa sayu, tak kurang juga kagum dengan bukti kekuasaan Allah dalam video tular itu.
"MasyaAllah, AllahuAkbar, Allah mengetahui segala rahsinya terhadap hamba yang dipilih dan terpilih.
"Subhanallah Allahuakbar. Betapa indah kuburnya, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang soleh, berada di taman-taman syurga.
"Subhanallah, seolah-olah kubur pun membuat persiapan untuk menyambut jenazahnya," tulis netizen.
Pesawat dalam perjalanan Pulau Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah itu terhempas pada Khamis.
Terdahulu, mStar melaporkan selain Shahrul, 42, sembilan individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.
Seramai 10 individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut susukan nahas itu.
Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun yang berada di dalam pesawat berkenaan.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV terhempas pada petang Khamis.
Pesawat itu dalam penerbangan dari Pulau Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube