Usahawan transgender sensasi yang juga pempengaruh, Nur Sajat tidak dapat menahan sebak apabila resepi kuih seri muka yang diajar netizen semasa sesi siaran langsung di TikTok ‘menjadi’.
Sajat sebak, berterima kasih ajar buat kuih seri muka
Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman tidak henti mengucapkan terima kasih kerana kuih seri muka diajar netizen menjadi dan sedap.
Sajat berkata, dia ‘mengidam’ untuk memakan kuih seri muka seusai sahaja pulang dari melakukan aktiviti bersenam di pusat gimnasium.
“Sajat tadi baru balik dari pasar dan gim. Sajat macam teringinlah nak makan kuih seri muka.
“Hmm, sedapnya. Terima kasih kamu semua kerana ajar Sajat. Terima kasih banyak-banyak (sambil menahan sebak). Sumpah sedap, sedap gila! Terima kasih kerana ajar Sajat, tahu. Memang Sajat teringin sangat,”luahnya.
Orang sini buat kuih seri muka tak sedap
Dedah Sajat, dirinya boleh mendapatkan kuih seri muka tanpa membuat sendiri, namun harus menunggu pada hari-hari tertentu sahaja.
Tambah Sajat, dia membuat keputusan untuk bertanya kepada netizen mengenai resepi kuih seri muka kerana rasa dan tesktur di Australia adalah kurang menepati citarasanya.
“Kita kat sini (Australia) nak dapatkan kuih seri muka… memang sini ada dia punya pasar macam pasar Malaysia. Tapi pasar Malaysia tu, kedai makan dia tu hanya dibuka pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahasd sahaja. Jadi, hari biasa memang tidak ada.
“Kita ni memang apa, orang kata nak sangat, teringin nak makan kuih. Adalah bagus untuk Sajat bertanya kepada kamu semua bagaimana mahu buat seri muka. Memang nak sangat, iyalah kita duduk seorang diri.
Sebak pula tengok Sajat…
Rata-rata warganet turut sebak melihat reaksi spontan usahawan berusia 38 tahun itu cuba menyeka air mata ‘jantan’ daripada gugur membasahi pipinya.
Malah mereka juga meminta agar usahawan tersebut untuk pulang ke tanah air bagi mengubatkan kerinduan merantau tempat orang.
Sumber: TikTok @sajatperempuanfuh